Tangan Yang Memberi
Tangan Yang Memberi
Penubuhan Yayasan Kasih Mutiara adalah sebagai sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan (NGO) yang bertujuan untuk membantu pelajar kurang berkemampuan dan menjalankan program amal di seluruh Malaysia terutamanya di Kelantan. Yayasan ini akan beroperasi di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] dan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh BHEUU.
Yayasan Kasih Mutiara akan beroperasi berdasarkan prinsip-prinsip Islam, termasuk konsep Zakat, Sadaqah, dan Waqaf, untuk membantu golongan kurang berkemampuan dan mempromosikan pembangunan mampan. Dengan fokus kepada pendidikan berkualiti, kesihatan, dan kebajikan komuniti, yayasan ini bertujuan untuk membina masa depan yang lebih cerah bagi semua lapisan masyarakat, terutamanya mereka yang terpinggir. Melalui kerjasama strategik dengan institusi pendidikan, agensi kerajaan, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Kasih Mutiara berhasrat untuk menjadi pemangkin perubahan positif dalam masyarakat, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Penubuhan ini bakal menandakan satu langkah penting kepada Yayasan Kasih Mutiara dalam menyumbang kepada kesejahteraan sosial dan pemerkasaan pendidikan terutama di luar bandar seterusnya dapat memperkenalkan jenama MUTIARA agar sinonim dengan bidang pendidikan, kebajikan, kemahiran dan kelestarian. Dengan visi untuk menjadi penyumbang kepada tiga bidang yang disasarkan, Yayasan Kasih Mutiara bertekad untuk terus memberi manfaat kepada masyarakat, mengukuhkan nilai-nilai Islam, dan menyokong pembangunan yang seimbang dan inklusif.
Memartabatkan pendidikan sebagai asas utama pembangunan modal insan dan masyarakat.
Memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada semua kaum dan masyarakat.
Menjadi yayasan terkemuka dalam membangunkan potensi insan melalui pendidikan.
Majlis Pelancaran Yayasan Kasih Mutiara pada 2 September 2025 di Hotel Perdana Kota Bharu dan akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kelantan Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud. Akan disampaikan juga di majlis tersebut biasiswa kepada pelajar-pelajar di UITM Machang dan juga penyampaian komputer riba kepada pelajar-pelajar cemerlang Kelantan. ekspres mutiara
Majlis Pelancaran Mutiara Borneo Sdn Bhd. dan Program Komuniti di Parlimen Petrajaya pada November 2025 yang akan disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof. Akan diadakan juga majlis penyerahan sumbangan komputer riba kepada pelajar-pelajar di Parlimen Petrajaya.
Majlis pelancaran Yayasan Kasih Mutiara pada 2 September 2025 di Hotel Perdana Kota Bharu
DaysDays
HrsHours
MinsMinutes
SecsSeconds
Daftar untuk dengar berita tentang program kami dan acara-acara menarik yang lain
Copyright © 2025 Yayasan Kasih Mutiara - All Rights Reserved.
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.